Khamis, 16 Disember 2010

Kembara Jordan

Jom kita mengembara!!!

 

tempat-tempat yang menarik dan jarang dilawati akan menjadi destinasi pengembaraan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!

 

HARGA : JOD 77 SAHAJA

 

Antara tempat yang akan dilawati:
  •          Mahmiah Zona ( Hutan Simpan ), Tofileh
  •          Jabal Qal’ah
  •          Jerasyh
  •          Ajloun
  •          Gunung Nebo
  •          Madaba
  •          Ma’rakah Mu’tah
  •          Ashabul Kahfi
  •          Asy Shoubak ( Qal’ah Salahuddin )
  •          Petra
  •          Wadi Rum
  •          Aqabah


Pakej meliputi : 

  • Sarapan Pagi, Tengahari dan Malam  ( Makanan Sahara : daging kambing dimasak bawah tanah) pada Hari Pertama ketika berkhemah di Wadi Rum
  • Sarapan Pagi dan Malam ( Seafood ) pada Hari Kedua di Aqabah
  • Menggunakan bas pelancong
  • Hotel 3 Bintang  di Aqabah
  • Khemah di Wadi Rum



Tarikh Dijangka Berangkat :
15 Januari 2011—17 Januari 2011
3 hari 2 Malam

1 malam berkhemah di Wadi Rum
1 malam di Aqabah


Tarikh tutup pendaftaran:

6 JANUARI 2011
Terhad Untuk 50 Orang Sahaja !

Bagi pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :

Hasibullah Bin Roslan
No. telefon : +962 777 283 243
Blog : elbuntali-travel@blogspot.com


Abdul Aziz Bin Talderi ( IRBID )
No telefon : +962 776 821 534

Ahad, 12 Disember 2010

Bingkisan Haji 1431 Hijrah

segala puja dan puji dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan keizinan dan kerahiman-Nya, 18 orang yang mengikuti elbuntali travel telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini. 18 orang yang terdiri daripada 13 pelajar Universiti Al al-Bayt dan 5 pelajar universiti Yarmouk telah memulakan perjalanan pada 8 november 2010 bersamaan 2 zulhijjah 1431. semasa di Madinah, kami ditempatkan selama 3hari 2malam di Hotel ithar mawaddah, yang terletak di antara masjid nabawi dan kedai Al baik. pada hari keempat, kami terus bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana semua ahli jemaah kami melaksanakan Haji Tamatu'. di mekah, kami ditempatkan di Aziziyah Janubiah ( agak jauh daripada masjidilharam ). namun, seinfiniti syukur dipanjatkan kepada Allah kerana memudahkan kami untuk melaksanakan rukun dan wajib haji dengan lancar. Di kesempatan ini, elbuntali-travel ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hujjaj yang menyertai haji 1431 hijrah. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita telah membibitkan ukhuwwah yang harum dan mekar. Moga ia berkekalan hingga ke syurga dan mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang ada sepanjang kebersamaan. Jazakumullahu khairan jaza’
ketika ziarah di Jabal Uhud
terowong king abdul aziz

bersama Khalil, Mursyid Jemaah

setelah selesai umrah

di Muzdalifah

di Arafah

di Arafah

Jabal Rahmah

sekitar muzdalifah

tempat melontar jamrah sekitar jam 12 malam

di safa - marwah

di Mina

setelah selesai tawaf wida'

dalam bas


Khamis, 7 Oktober 2010

BUTIR- BUTIR MAKLUMAT HAJI 1431 HIJRAH

TARIKH DIJANGKA BERANGKAT :

1 ZULHIJJAH 1431 HIJRAH ( 7 ATAU 8 NOVEMBER 2010 )

TEMPOH MASA : 2 MINGGU
MADINAH : 3 HARI 2 MALAM
MEKAH : 10 HARI 9 MALAM*

HOTEL

BERTARAF  3-4 BINTANG
JARAK KE HARAM
MADINAH  : 600 M
MEKAH : 3 KM ( AZIZIYAH ) *
*BERDEKATAN DENGAN TEMPAT MELONTAR JAMRAH + PENGANGKUTAN AGAK MUDAH DIDAPATI UNTUK  KE HARAM

*ZIARAH MADINAH

MASJID QIBLATAIN
MASJID QUBA’
JABAL UHUD
*Insya-ALLAH ada penambahan ziarah.


TARIKH AKHIR PEMBAYARAN


16 OKTOBER 2010

Isnin, 20 September 2010

Haji 1431 hijrah ( updated )

”ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا“

“Dan (di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang mampu”

adakah anda berniat untuk menunaikan haji? sudah ada kemampuan? usah tangguh-tangguh lagi! 
daftarlah sekarang!

harga : JOD 475







Pakej Ini Meliputi :
  • pengangkutan pergi dan balik ( Mercedes atau Jet atau setaraf )
  • urusan visa
  • hotel Mekah dan Madinah
  • ziarah Madinah


Dokumen yang diperlukan :
  1. Passport ( sah 3 bulan sebelum tarikh berangkat )
  2. Iqomah
  3.  3 keping gambar berukuran passport berlatarbelakang putih
  4. syahadah tat'im
  5. Surat mahram bagi akhawat daripada MSD

bas yang bakal dinaiki @ setaraf


*serahkan dokumen secepat yang mungkin kerana untuk menunaikan ibadat haji, tempat adalah terhad.






Tarikh tutup pendaftaran

12 OKTOBER 2010






Bagi pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :

Hasibullah Bin Roslan ( MAFRAQ )
No. telefon : +962 777 283 243
Emel : elbuntali@yahoo.com
Blog : elbuntali-travel.blogspot.com


atau 


Abdul Aziz Bin Talderi ( IRBID )
No telefon : +962 776 821 534

Sabtu, 11 September 2010

Salam Pengenalan

elbuntali travel merupakan sebuah perusahaan travel yang dikendali oleh seorang mahasiswa yang sedang menuntut di bumi Syam ( Jordan ). tujuan penubuhan adalah untuk membantu mahasiswa Jordan untuk melaksanakan ibadat yang agak sukar disempurnakan di tanahair iaitu ibadat haji dan umrah. hal ini kerana, perbelanjaan untuk melaksanakan umrah atau haji dari Jordan berlipat kali ganda murah daripada perbelanjaan dari Malaysia. selain itu, perusahaan ini berusaha merealisasikan impian dan harapan mahasiswa yang menuntut di Jordan khasnya untuk mengembara ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bumi syam.