Khamis, 16 Disember 2010

Kembara Jordan

Jom kita mengembara!!!

 

tempat-tempat yang menarik dan jarang dilawati akan menjadi destinasi pengembaraan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!

 

HARGA : JOD 77 SAHAJA

 

Antara tempat yang akan dilawati:
  •          Mahmiah Zona ( Hutan Simpan ), Tofileh
  •          Jabal Qal’ah
  •          Jerasyh
  •          Ajloun
  •          Gunung Nebo
  •          Madaba
  •          Ma’rakah Mu’tah
  •          Ashabul Kahfi
  •          Asy Shoubak ( Qal’ah Salahuddin )
  •          Petra
  •          Wadi Rum
  •          Aqabah


Pakej meliputi : 

  • Sarapan Pagi, Tengahari dan Malam  ( Makanan Sahara : daging kambing dimasak bawah tanah) pada Hari Pertama ketika berkhemah di Wadi Rum
  • Sarapan Pagi dan Malam ( Seafood ) pada Hari Kedua di Aqabah
  • Menggunakan bas pelancong
  • Hotel 3 Bintang  di Aqabah
  • Khemah di Wadi Rum



Tarikh Dijangka Berangkat :
15 Januari 2011—17 Januari 2011
3 hari 2 Malam

1 malam berkhemah di Wadi Rum
1 malam di Aqabah


Tarikh tutup pendaftaran:

6 JANUARI 2011
Terhad Untuk 50 Orang Sahaja !

Bagi pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :

Hasibullah Bin Roslan
No. telefon : +962 777 283 243
Blog : elbuntali-travel@blogspot.com


Abdul Aziz Bin Talderi ( IRBID )
No telefon : +962 776 821 534

Ahad, 12 Disember 2010

Bingkisan Haji 1431 Hijrah

segala puja dan puji dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan keizinan dan kerahiman-Nya, 18 orang yang mengikuti elbuntali travel telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini. 18 orang yang terdiri daripada 13 pelajar Universiti Al al-Bayt dan 5 pelajar universiti Yarmouk telah memulakan perjalanan pada 8 november 2010 bersamaan 2 zulhijjah 1431. semasa di Madinah, kami ditempatkan selama 3hari 2malam di Hotel ithar mawaddah, yang terletak di antara masjid nabawi dan kedai Al baik. pada hari keempat, kami terus bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana semua ahli jemaah kami melaksanakan Haji Tamatu'. di mekah, kami ditempatkan di Aziziyah Janubiah ( agak jauh daripada masjidilharam ). namun, seinfiniti syukur dipanjatkan kepada Allah kerana memudahkan kami untuk melaksanakan rukun dan wajib haji dengan lancar. Di kesempatan ini, elbuntali-travel ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hujjaj yang menyertai haji 1431 hijrah. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kita telah membibitkan ukhuwwah yang harum dan mekar. Moga ia berkekalan hingga ke syurga dan mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang ada sepanjang kebersamaan. Jazakumullahu khairan jaza’
ketika ziarah di Jabal Uhud
terowong king abdul aziz

bersama Khalil, Mursyid Jemaah

setelah selesai umrah

di Muzdalifah

di Arafah

di Arafah

Jabal Rahmah

sekitar muzdalifah

tempat melontar jamrah sekitar jam 12 malam

di safa - marwah

di Mina

setelah selesai tawaf wida'

dalam bas